Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan, iaitu:-
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
Menggambar
· Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
· Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:-
1. Lukisan
2. Catan
Contoh Teknik Catan
3. Kolaj
- Kolaj ialah gambar atau rekabentuk yang dibuat dengan menggunakan teknik tampal – menampal.
- Kolaj ada tiga jenis:
2. Kolaj kain
3. Kolaj bahan kutipan
Contoh-Contoh Teknik Kolaj
4. Montaj
5. Cetakan
- Cetakan adalah teknik cap – mengecap yang menghasilkan rupa bentuk yang sama dengan rupa bentuk pada permukaan pengecap.
6. Resis
- Resis ialah teknik menghasilkan gambar atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti:-
1. Lilin dan cat air
2. Krayon dan warna air
3. Lilin dan pewarna kain
Contoh Teknik Resis
7. Gosokan
8. Stensilan
9. Percikan
10. Gurisan
11. Capan
12. Mozek
- Mozek ialah susunan bahan secara sebelah menyebelah (tidak bertindih) yang ditampal atas satu permukaan.
13. Poster
· Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan dalam menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.
Membuat corak dan rekaan
· Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.
· Antaranya melalui kegiatan seperti:-
1) Corak tidak terancang secara:-
- Pualaman
Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna terapung di permukaan air meresapi ke permukaan kertas.
- Titisan
· Titisan ialah penghasilan corak secara titisan, renjisan,atau percikan.
- Ikatan dan Celupan
· Ini adalah untuk mencorak kain dengan mengikat bahagian-bahagian tertentu kain dan kemudian dicelup ke dalam pewarna kain.
2) Corak terancang secara:-
- Lukisan
- Catan
- Cetakan
- Resis
- Kolaj
Membentuk dan membuat binaan
· Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membina sesiati model. Bidang kegiatan ini juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.
· Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti berikut:-
1. Arca timbul
2. Asemblaj
· Asemblaj ialah hasil kerja yang dibuat dengan cara menyusun berbagai bentuk atau benda dan kemudian dilekatkan pada satu permukaan (tapak).
3. Mobail
· Mobail ialah hasil kerja yang berupa bentuk-bentuk tertentu yang digantung sebagai perhiasan. Imbangan dipentingkan semasa menggantung bentuk-bentuk tersebut.
4. Stabail
· Stabail ialah satu binaan seperti mobail tetapi tidak bergerak.
Contoh Stabail
5. Model
6. Diorama
7. Boneka
8. Topeng
Contoh Topeng
9. Origami
Mengenal kraf tradisional
· Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun.
· Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:-
1. Alat domestic
3. Alat pertahanan diri
4. Perhiasan diri
6. Tekat
7. Ukiran
· Terdapat 5 jenis teknik:
1. Bunga Timbul
2. Arca
3. Papan Tebuk
4. Larik
5. Ukiran kayu reput atau kayu hanyut
8. Tenunan
10. Tembikar
· Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak serta hiasan.
· Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan, serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.